Thursday, February 13, 2014

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Catur SUKIPT 2014

Majlis perasmian penutup Kejohanan Catur SUKIPT 2014 diadakan di Dewan Utama Politeknik Primier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Politeknik Primier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Hj. Kamaruzaman Bin Ismail, Pengarah Politeknik Muadzam Shah (PMS) merangkap pengerusi Permainan Catur SUKIPT 2014 iaitu Encik Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah dan diiringi oleh wakil dari Persatuan catur Malaysia (MCF) iaitu Puan Haslindah Binti Ruslan.  

Encik Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah dan Puan Haslindah Binti Ruslan di atas pentas bersama MASKOT SUKIPT 2014.

Berikut merupakan senarai nama pemenang pingat Emas, Perak dan Gangsa bagi kategori Individu (Lelaki):
  • Pingat Emas (Individu Lelaki) : MUHAMMAD SYAZWAN ZULKIFLI (UM)
  • Pingat Perak (Individu Lelaki) : AHMAD FADZIL NAYAN (UIA)
  • Pingat Gangsa (Individu Lelaki) : MUHD NABIL AZMAN HISHAM (Kolej Multimedia KL)

Bendera dinaikkan, dan lagu SUKIPT turut dinyanyikan
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Berikut merupakan senarai nama pemenang pingat Emas, Perak dan Gangsa bagi kategori Individu (Perempuan):
  • Pingat Emas (Individu Perempuan) : ALIA ANIN AZWA BAKR (UM)
  • Pingat Perak (Individu Perempuan) : ONG CHOON YONG (USM)
  • Pingat Gangsa (Individu Perempuan) : RUBY KWAN TSZEE YEUNG (UPSI)

Berikut merupakan senarai nama pemenang pingat Emas, Perak dan Gangsa bagi kategori Berpasukan (Lelaki):
  • Pingat Emas (Berpasukan Lelaki) : UNIVERSITI MALAYA (UM)
  • Pingat Perak (Berpasukan Lelaki) : SUNWAY UNIVERSITI
  • Pingat Gangsa (Berpasukan Lelaki) : UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)




Berikut merupakan senarai nama pemenang pingat Emas, Perak dan Gangsa bagi kategori Berpasukan (Perempuan)
  • Pingat Emas (Berpasukan Perempuan) : UNIVERSITI MALAYA (UM)
  • Pingat Perak (Berpasukan Perempuan) : UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
  • Pingat Gangsa (Berpasukan Perempuan) : UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)





Sekalung penghargaan Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Kejohanan ini..  

Tahniah dan terima juga diucapkan kepada semua pihak yang turut menjayakan Kejohanan ini termasuk Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah  Hj. Kamaruzaman Bin Ismail, Pengarah Politeknik Muadzam Shah (PMS) merangkap pengerusi Permainan Catur SUKIPT 2014 iaitu Encik Wan Muhammad Afifi Bin Wan Abdullah,  para pegawai dari Politeknik, para Arbiter dari Persatuan Catur Malaysia dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Catur SUKIPT 2014..

Semoga Kejohanan Catur SUKIPT dapat diadakan lagi pada masa akan datang.. Insya Allah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kejohanan Catur Sukipt Di Facebook